Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku, selamatkanlah Ibu, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Kakek".
Si ayah kurang mengerti maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si kakek ditemui mati kerana sakit jantung.
Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Ibu dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".
Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati, juga kerana sakit jantung.
Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Ibu. Selamat tinggal, Ayah".
Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahwa dia sehat.
Ketika dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi kan bisa abang tolong, tadi ada kejadian disini!"
Si ayah yang heran bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"
Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."
Si ayah... ?@!%^#=+??
p/s: anak siapa sebenarnya dia ?